Tuesday, December 22, 2015

SUATU KETIKA AKU JATUH DAN BANGKIT


Assalamualaikum.. 
I'm here again..
Tapi, kali ni aku pergi dengan seorang sahabat, Jiha..  Kteorang pergi berdua je ;)



Romantik kan kteorang pergi berdua je?? Ahaha ;D







Gggrrrrrrrr...!!




Bagi aku, tempat yang dapat memberikan ketenangan hati adalah dengan melawat kat tempat-tempat yang penuh dengan haiwan-haiwan.. Memang aku plan dengan Jiha nak ajak pergi Zoo Negara atau Aquaria klcc.. Sebenarnya.. Aku terlalu stess.. Aku rasa down sangat-sangat :'(
Aku perlukan kawan untuk bercerita.. Aku perlukan kawan untuk mendengar.. 
Hanya Allah je yang tahu maksud yang tersirat di sebalik wajah yang tersenyum ini.. Ahh.. Poyonyee ayat aku.. Ahaks~

Kadang-kadang ada perkara yang kita perlu simpan sendiri tanpa memberi tahu kepada orang lain.. Tapi, kali ni aku rasa terlalu tertekan dengan masalah yang aku pikul ni dan aku memerlukan seseorang yang memahami akan situasi aku untuk mendengar cerita aku.. Rasa dia macam orang yang tengah menunggu giliran nak kena hukuman gantung je.. Sobss :'(
Ya Allah.. Ujian ni terlalu berat untuk aku :'(

Alhamdulillah.. Aku ada mama, Hanis kawan baik aku dan Jiha yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat kat aku.. THANK YOU everyone :'(

Ada kawan-kawan yang terperasan kenapa aku asyik menangis, termenung dan lebih berdiam diri untuk sesuatu tempoh tu.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menegur tentang keadaan aku :')
It takes time to move on.. Sorry kerana aku tak kuat untuk bagitahu apakah masalah yang aku pendamkan ini :'(
Now, aku rasa bersyukur sangat sebab Allah berikan aku ujian ini.. Aku yakin ada hikmah yang tersirat dan tersurat di sebaliknya.. Aku cuba muhasabah diri dan merenungkan kenapa semua ni terjadi..  Alhamdulillah, aku dah boleh terima dengan hati yang terbuka dan aku nampak hikmah besar di sebalik kejadian ini.. Alhamdulillah.. Thank You, Allah! :) 

Walauapapun yang terjadi, Allah sentiasa ada.. 
Jangan sesekali melupakan Allah dalam setiap perbuatan, perkataan dan perjalanan diri ye Syazrin..
Ingat Allah sentiasa tak kira masa susah atau senang.. Kalau kita sentiasa ingat Allah dalam hati, perkara yang susah akan sentiasa jadi mudah.. Be strong! 



Di sinilah tempat pertama kali kita bertemu.. Me & Jiha :)




If you still remember....

Terima kasih jiha sebab sudi meluangkan masa dengan kak Rin dan mendengar cerita-cerita kak Rin :')


Monday, October 5, 2015

FIRST, SECOND AND LAST LAB CLASS IN "C CLASS" :'(

ASSALAMUALAIKUMMM....


This is our first activity in our first lab class! ;)
Sensory evaluation.. 



Aku paling suka bab aktiviti yang melibatkan merasa-rasa ni sebab kita dapat menentukan tahap lidah kita dengan menentukan sesuatu rasa itu mengikut taste bud masing-masing.. 
*Padahal kuat makan* Wakahhkahhkahh! 


Setiap orang akan dibahagikan kepada group macam kelas kitchen dulu-dulu..
Aku dapat group dengan Dyana, Sis Wawa dan Kak Emma!

This is my group members..





Next, our second activities in second lab class on how to making....
Fudge


Candy



Fondant




 Kenapa aku kata ini adalah first, second & last lab class dalam kelas C??
kerana group kteorang akan berpecah :'(
Secara tiba-tiba je kteorang diberitahu bahawa kelas C akan dimansuhkan, dipecahkan dan akan dimasukkan ke kelas-kelas lain.. Meaning that, no more kelas C! dan kteorang akan berpecah.. *Seriously aku sedihhh* T_T

Masa tu aku, Suraya, Atun, Dyana dan Abg Hafiz pergi jalan-jalan kat IKEA.. Yang lain-lain pun semua berjalan sakan sebab kelas cancel hari jumaat tu.. Tiba-Tiba dapat message yang group kteorang akan berpecah.. Kteorang semua terkejut! Aku yang tengah syok tengok-tengok barang dan niat nak beli terus letak balik barang tu sebab takde mood..
Hanya Allah saja yang tahu :(


Semua bermenung.. Tak happy..
Masing-Masing cuba bagi kata-kata positif :')





Patutlah kitaorang beria ambil gambar masa hari Khamis yang lepas.. Rupanya itu petanda yang group class kteorang akan berpecah :'(


I'm speechless :'(


Hati sedang cuba untuk redha menerima hakikat ini 
*gaya dah macam nak berpisah selama-lamanya lah pulakkk.. Haha* 
sbb aku dah biasa dengan diorang daripada diploma lagi dan first sem degree, dah rapat macam adik-beradik, tiba-tiba dapat tahu kelas perlu dirombak.. 
Hanya Allah je yang tahu perasaan aku dan kawan-kawan :'( 


Bak kata madam, kadang-kadang benda yang kita tak suka itulah yang terbaik buat kita.. 
Ada hikmah di setiap yang terjadi.. Percaya kepada takdir Allah.. Allah is the best planner! :)
Yang penting, kau masih bersama dengan Suraya, Atun, Kak Emma, Sis Wawa, dan Dyana! 
You still have them.. I try to make myself think positive.. But, I keep think negative :'(

 It takes time you know.. 


Inilah dikatakan cabaran semasa menuntut ilmu..
Negative, please stay away from meeeeee...!!!!

Saturday, September 12, 2015

HI SEMESTER 4!

Assalamua'laikummm..


Hi! Now I'm back to my student life in new semester.. Alhamdulillah.. 
Kali ni berlaku sedikit perubahan dalam hidup aku sebab aku dah tak duduk kolej T^T
Baru kali ni aku merasa macam mana duduk kat luar (alam rumah sewa) dan adakah ianya satu penderitaan atau kebahagian untuk aku?? Hahahahh.. Sedih sangat bunyinyee.. Haha..



Dari kiri: Suraya, Sis Wawa, Rin, Kak Emma, Dyana, Atun! (:


Mereka adalah kawan-kawan aku since diploma time n still jadi classmate sampai sekarang.. Alhamdulillah.. n now jadi housemate :)
Dulu masa diploma, muka-muka nilah yang gigih dan bermati-matian mencari "merit"! (Kalau nak duduk kolej kena kumpul merit banyak-banyak.. Hohoho.. Seksanyeeehh.. Hahahahh aku tak leh lupe penderitaan tuu T^T )
Kteorang duduk kolej sampai kteorang habis belajar tauuu! Hebat tak?? Haha
Tapi sekarang di manakah SEMANGAT-SEMANGAT ITUU????????! Hehehehe


Bila masuk je degree, kteorang dah tanam dalam fikiran dan get ready if kena duduk menyewa di luar sebab potensi untuk mendapatkan kolej kali ni agak rendah.. So, yeahh now kitaorang merasa macam mana menjadi penyewa sebagai seorang student.. *Baru seminggu wehhh*


Macam mana weolls pergi kelas??
Okay, begini cerita dia..
Kteorang pergi dengan berakit-rakit dahulu dan bersenang-senang kemudian.. Wahhhh gituuuuu.. Wahahaha..
In other words, kteorang pergi dan balik naik bas jekkkk.. ~
Bas free ade, bas berbayar pun ada..
Bas yang disewa oleh uitm (free).. Bas rapid (berbayar)..
Boleh dikatakan every 15 minutes bas sentiasa ada.. *buat masa seminggu yang aku lalui ni laa*



Lepas kelas, kteorang pergi ke Tesco Klang naik bas rapid..
Sengsaghenyee hanya Allah yang tahuuu T^T
Alhamdulillah, aku dah biasa hidup susah.. So, bawa bersabar ye wahai diri sendiri..
Yang tak bestnya, baru aku tahu kenapa orang cakap duduk luar sebenarnya lagi susah kita nak keluar berbanding stay kat kolej.. Why? If kita nak pergi ke mana-mana, kita kena naik bas rapid from uitm dulu then baru boleh pergi ke mana-mana.. Means that, takde bas yang ambil direct from rumah sewa kitaorang! Kena naik bas lompat sane, lompat sini barulah kita dapat pergi ke tempat yang kita ingin tuju.. Lagi sengsaghe wehhhh..
That is why aku kurang keluar daripada uitm selain daripada balik ke rumahku syurgaku *dah asyik homesickkk jekk.. Huahuahua*..
Pendek kata boleh dikira dengan jarilah berapa kali je aku keluar *I mean berjimba* daripada uitm ni.. huhu..



Shopping yukkkk!
Hahaha.. Comel gile basket tu k.. Aku rasa nak beli jek walaupun aku tak tahu apa motif nak beli.. Nasib baik suraya halang aku.. Kalau takkk.. Ishhhh, sikit lagi nak ambil pergi bawa kat kaunter.. Kahkahkahkahhh..

Biasalaa, perempuan kan ada 9 nafsuuu.. Hahahahh..



Last but not least, untuk hampir seminggu di alam rumah sewa ni aku rasa biasa-biasa saje.. Belum lagi ada perasaan cinta.. Wahhh.. hahaha.. *aku cakap pasal cinta alam rumah sewa tauu.. Jangan fikir macam-macam* hahaha.. dan bila kau dah senang suatu hari nanti, jangan dilupa kehidupan susah kau naik bas pergi ke kelas, Tesco, Setia City Mall bagai.. hahahahahh.. In sya Allah..


Ya Allah, permudahkan segala urusanku untuk mengharungi kehidupan di semester 4 ini..
Aaminnn Aaminn Aaminnnnn..

Syazrin boleh! :)
















Saturday, August 22, 2015

HAIYAKKK! NINNJAAA ^^



Assalamualaikumm.. 

An Nursi bought for me this "purdah"..
I was like weird, and wonder why he bought for me?? haha


You know what, masa tengah jalan-jalan kat jalan Tungku Abdul Rahman, An Nursi ajak aku singgah kat kedai yang menjual barangan muslimah.. Tiba-tiba An Nursi cakap dia nak try tengok aku pakai purdah.. Dia minta kat salesman tu purdah dan baru aku tahu purdah ni ada macam-macam jenis ekk.. Satu lapis, dua lapis, tiga lapis.. Honestly, aku tak pernah tahu pun pasal purdah ni..
Then, dia suruh aku pusing dan yang kelakarnya dia pakaikan untuk aku? cause I don't know how to wear that.. Haha.. I saw his eyes are smiling looking at me and he asked me to see me at mirror.. Hahahahhhhhh!! Gelak besar aku tengok rupa aku kat cermin.. Hahahahhhh!!
Whatttt?????! Aku tak percaya aku try pakai?!! Unbelieveable! Hahahaha..
An Nursi buat muka pelik tengok aku gelak besar macam tu.. Hahahahhh.. x'D


Bagi An Nursi, mungkin dia dah biasa tengok orang pakai purdah tapi bagi aku sangat luar biasa.. Di kalangan family aku pun anak sepupu aku tu je yang pakai.. Tu pun aku jarang jumpa dia..


Aku tanya, An Nursi nak beli untuk siapa purdah ni? Dia tak jawab pertanyaan aku.. Mungkin dia nak beli untuk adik perempuan dia kottt.. Imposible me! sebab aku sendiri pun tak pakai..
Masa nak menuju ke Dataran Merdeka, dia cakap purdah ni untuk aku? Aku terkejut, tergamam..

An Nursi cakap, dia nak aku simpan purdah ni sampai aku sendiri terdetik hati untuk memakainya.. TAPI, pakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna tu adalah wajib.. Meaning that, I have to wear handsock? stoking? atau dalam erti kata lain, yang boleh nampak hanya muka dan tapak tangan sahaja..
Aku tahu kaki pun aurat yang wajib kita jaga dan tutup.. Tapi, kita selalu pandang ringan soal aurat kaki..
Alhamdulillah, pelan-pelan aku belajar pakai dan aku jadikan kolej tempat aku practice sampaikan aku rasa tak selesa bila tak pakai stoking.. I'm still in learning process.. Thank you An Nursi bagi Rin semangat!



Masa tengah jalan-jalan dengan kawan baik aku ni, Hanis, aku cakap yang aku nak try pakai purdah ni kat tempat yang tak ramai orang.. Kawan baik aku cakap, You look beautiful wearing that.. Hahaha.. 
Aku tahu dia nak bagi kata-kata semangat kat aku :')
Then, Hanis cakap, jom kita ambil gambar awak!
Siap mengOfferkan diri nak jadi camerawoman free aku.. Hahaha.. 
Thank You Hanissss :) 











Mungkin sekarang aku kata aku tak bersedia untuk pakai, tapi mana tahu suatu hari nanti aku sendiri yang nak pakai?? We don't know.. 
Setiap manusia boleh berubah.. 
Tapi, satu persoalan yang aku tanya pada diri aku, andai kata di alam pekerjaan nanti tidak membenarkan pekerja memakai purdah, boleh ke kalau kita hanya pakai bila time kita nak keluar je?
Berdosa ke kalau tak istiqamah dalam memakai purdah??
An Nursi kata tak.. 


Cuma bagi pendapat aku, mungkin orang akan mengata.. 
An Nursi kata, pedulikan apa kata orang..


Some people cakap, purdah ni hanya untuk orang yang TERLALU cantik yang sampai buat lelaki gila bayang tu JE yang boleh dan layak pakai..


Honestly, dulu aku pun berfikiran macam tu.. 
Akhirnya aku dah dapat jawapan untuk persoalan aku.. Selain untuk melindungi diri dari difitnah, kita juga akan dapat pahala sunnah setiap kali kita pakai purdah tau.. 


Aku tak berani berhujah panjang mengenai isu berpurdah dengan ilmu aku yang tersangatlah kurang ini.. Berpurdah tak wajib tetapi berhijab itu wajib.. Aku pun masih lagi di peringkat "sedang belajar" dalam menutup aurat dengan sempurna..
Aku belum gadis berpurdah tetapi in sya Allah mana la tahu suatu hari nanti terbuka hati untuk memakai, kenapa tidak kan?


Now, I have changed my perception about purdah.. 
I will try to wearing purdah at somewhere that lots of people, someday.. Ahaa.. In Sya Allah.. 





*Cerita di sebalik tabir*
 Masa mama pergi umrah suatu ketika dahulu, banyak kali aku ingatkan mama minta mama belikan purdah.. Aku pun tak tahu apa tujuan aku suruh mama beli.. Unluckily, mama terlupa nak beli.. I was sad.. Hemmm.. Mama kata, nanti kita try cari kat sini je..
Tiba-tiba An Nursi belikan untuk aku.. Haha..

..The End..


Thanks a lot for this purdah ustaz! ^^
Doakan saya tauu.. 

Thursday, August 6, 2015

HAPPY 10th ANNIVERSARY DAY!




HAPPY 10th ANNIVERSARY DAY 
TO 
HANIS & MYSELF!



Aku ingat lagi, mama pernah cakap selalunya orang yang pernah bergaduh besar dengan kita tulah yang akan jadi kawan baik kita.. Yes, we did fight, dulu. HuaHuaHua x'D
Tak tahulah Hanis ingat lagi ke tak peristiwa kanak-kanak ribena kita dulu.. Hahaha.. 
Dia kawan baik since aku sekolah rendah sampai dah beso macam ni.. 
Mama pesan, anggap Hanis macam adik-beradik Angah sendiri, jangan pernah ada rasa dengki dalam hati walaupun sedikit, jangan pernah berkira dan kena saling mengingati dan menasihati, insya Allah dialah adik-beradik Angah sampai bila-bila :')

Cause I don't have sisters, but I have Hanis.. 
I love you, Hanis! :*


Tujuan kteorang celebrate friendship day ni sebab aku bersyukur sangat ada kawan sebaik Hanis.. Alhamdulillah.. Hanis seorang kawan yang baik, selalu bagi nasihat yang macam pakar motivasi dan selalu bantu aku dalam menyelesaikan masalah dunia aku.. Dia juga selalu ingatkan aku kalau aku lupa, leka dan tegur kalau aku salah.. 
Thank you, Hanis! :)



Our next mission, kteorang menanam impian untuk candle light dinner kat KL Tower for our next next next anniversary! haha.. Buat masa ni kteorang hanya mampu picnic jekk.. Insya Allah, kalau kita dah kerja nanti dan kalau kita ada rezeki tau Hanis! 
Tak dapat candle light dinner kat KL Tower, candle light dinner ciptaan sendiri kat rumah pun bolehhh.. Hahahaha.. 
and of course, aku teringin jugak nak pergi tempat macam tu dengan future husband aku.. Romantik seyyyhhh.. Kakakaka..
*Minta-minta future ceben aku terbaca impian dan harapan aku nihh.. Huahuahua*








Hanis pick up aku kat rumah dan kteorang beli makanan kat Alamanda.. Bercerita tanpa henti.. Bila kita jumpa kawan baik, tak pernah ada rasa bosan sebab automatik kita akan jadi diri sendiri dan secara semula jadinya all out semua yang terpendam dalam hati.. Wahh, gituu.. Huahuahua..





Beli macam nak makan 5 orang! Hahaha..
Biasalaa, bila kita yang ada 9 nafsu ni darab dengan 2, total 18 nafsu ni, macam-macam kteorang nak beli.. Last last makanan ni simpan sampai malam.. Huhuhu..













Setelah selesai makan dan sesi photoshoot model tak berbayar ni, kteorang solat magrib jap kat surau yang ada dalam taman tu then, kitaorang melawat tempat lain pulak.. Kteorang jumpa meoww, dia merayu-rayu nak cikit kepci kteorang.. Heee~
After that, kteorang jalan-jalan kat monumen Putrajaya.. Siyes romantiknyeee tempat tuu!! Menikmati pemandangan masjid besi dengan limpahan cahaya lampu sambil makan balance kfc petang tadi.. Haha.. Bestnyeee.. Cantik sangat wehh! Even aku yang boleh dikatakan hari-hari tengok view Putrajaya ni pun kagum dengan kecantikan dan keindahan Putrajaya ni.. Ohmentiknyeee~ hahaha



Lastly, aku nak ucapkan thank you Hanis sebab setia jadi kawan baik kte! 
Semoga kita jadi kawan baik sampai bila-bila, sampai syurga.. Aaminn in sya Allah..


Tegurlah diri ini kalau kau nampak aku mula tersasar dari landasan, jangan pernah jemu untuk memberi kata-kata nasihat supaya aku boleh bangkit berdiri, pimpinlah aku kalau aku terjatuh, jadilah pakar motivasi kalau aku mula patah semangat, dan jangan lupa masukkan diri ini dalam doamu..
Don't forget me even awak dah tawen nanti tauu T^T
Jangan pernah berubah.. *Ubah ke arah kebaikan tu takpe*



Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat sahabatku ini.. 


Peliharalah dia dan jagalah dia untuk aku.. 


Kau peliharalah persahabatan kami ini..
Aaminnn..



Hanis, jangan lupa tegur kte kalau kte ada buat salah tauu!




Story End but Memories Never End (:

Monday, August 3, 2015

ZHU NI KHAIZAIJIE KUAILE 2015!


Selamat Hari Raya 
Aidilfitri 
2015!



Hai.. Tahun ni aku dan family aku beraya kat KL jekk.. 
Mmmm.. Siapa kata raya kat kl tak best? Best jekk.. Huhu.. 
Lagipun kat kampung Perak (belah mama) sekarang ni pun dah takde siapa dah.. Opah pulak ada kat rumah aku.. So, inilah raya kami! ^^


Duit raya aku tahun ni toksah cite la, jatuh terjunam terus terduduk, terbaring, meniarap!
Sobsss Uwekkkkk!! T^T
Aku dah plan baik punya, siap pasang strategi tau tak T^T, Plan A, Plan B, C, D, E sampai Z semua aku pasang baik punye, tapiiii.. Mmmmm.. Takyah cite lahh, nanti aku sedehhh.. Sobss T^T





Baju raya aku tahun ni warna royal blue.. and adik aku yang berbulu putih tu warna hijo.. 


Cerita baju raya..
4 hari sebelum raya, aku takde lagi baju raya.. Huahuahua.. Aku dah lama tak tempah baju sebab aku suka beli yang dah siap.. Mama aku siap ambil cuti semata-mata nak beli baju raya kteorang adik-beradik.. Tapi, aku lagi sibuk cari baju raya untuk kucing aku, padahal aku sendiri takde baju raya.. Huahua.. Asalnya aku nak beli baju kurung untuk dia, tapi susah sangat nak cari size yang kecik, so, aku pergi pet shop n beli dress untuk dia.. Settled.. Lepas tu baru beli baju raya aku.. Hahahahh..


Finally, Babby dah ada baju rayaaaa!!  







Huaaaa.. Comel gilerr!! x'D






Antara sepupu2 yang paling rapat dengan aku..
Kalau jumpa, tak berhenti dengar cerita aku je, lepas tu dengar cerita diorang pulak.. Dari pagi sampailah malam dan dari malam sampailah ke pagi balik.. Huahuahua..
Aku tak tahu apa yang kteorang borakkan sampai centu sekali.. hahaha..



Tu je lah cerita aku.. 





Hari Raya 2015 story end..

Bye..







Sunday, July 26, 2015

HARI JUBAH_GOT MY DIPLOMA SCROLL! ;)



Alhamdulillah..
Thank you Allah for all your graces! ^^


Alhamdulillah.. 
Berakhirlah sudah penantian 3 tahun aku berada di bumi Dungun.. Tempat aku menuntut ilmu.. Walaupun jauh tapi banyak sangat kenangan manis.. Makin aku mengitung waktu bila laa nak habis, tinggal lagi 5 sem je lagi, 3 sem je lagi, last-last dah habisss.... Sedihnyaa bila nak berpisah dengan kawan-kawan.. Aku dah anggap diorang macam adik-beradik aku sendiri.. Sobsss :'(

Duduk Dungun best sangat!
So, if siapa-siapa yang dapat study kat Dungun, cayelah Dungun best keyhh?! ;)
Enjoy your moment.. Enjoy the nature :)
and
Ignore your "rumah sakit" (homesick) hahaha..

Walaupun aku ni dulu selalu merungut everytime nak kena balik Dungun, tapi, bila cuti sem je aku mesti rindu nak balik Dungun n mulalah text kawan-kawan cakap rinduuu nak pergi cafelah, rindu kfc dungunlah (sebab kfc dungun ni lain daripada yang lain tauuuu:P), rindu van kunyitlah.. hahahahh.. Tapi, sekarang semua tu dah berakhir :')


Cepat sangat masa berlalu kannn..


Aku paling rindu Siti Aishah, Hafizah Nozari, Mira, Nadzhirah, Nad.. 
I miss them very muchhhh!
and of course adik-beradik Dungun aku yang lain jugak :')
Masing-masing dah busy dengan own life.. 


Rindu mak Itti layan kitte! T^T
Dia rajin layan kerenah kite T^T
Mira pun sama T^T
Nadzhirah yang selalu cakap pasal tuceng! Pasal game The Sims! T^T
Nad yang tak habis-habis dengan cerita merepek dia dengan aku-aku sekali masuk merepek! T^T
Rindunyeeeeee T^T

Oohh ada lagi..
Hafizah Nozari dengan mukanya yang takde ekspresi wajah tuuu.. Aku rindu nak tatap wajah ituuu T^T
Huahuahua xD


Semualahh aku rindu :')


Dyana je aku tak rindu sebab hari-hari aku jumpa dia kat palam.. Wekkkk :P 




































Tu je gambar yang aku ada..
*Phone kte rosak.. Habis gambar-gambar konvo kte tauu T^T *
Thank You Dyana bagi kte gambar-gambar ni! I lap yewww :P


and tiqiu Badi' Uzzaman Said An Nursi jugak, dia merungut nak kena send balik
gambar-gambar konvo kte.. Kahkahkah xD
Nasib baik dia simpan lagi.. Huihuihui


Bye Adik-beradik Dungunku :')



Bye memory..