Saturday, September 12, 2015

HI SEMESTER 4!

Assalamua'laikummm..


Hi! Now I'm back to my student life in new semester.. Alhamdulillah.. 
Kali ni berlaku sedikit perubahan dalam hidup aku sebab aku dah tak duduk kolej T^T
Baru kali ni aku merasa macam mana duduk kat luar (alam rumah sewa) dan adakah ianya satu penderitaan atau kebahagian untuk aku?? Hahahahh.. Sedih sangat bunyinyee.. Haha..



Dari kiri: Suraya, Sis Wawa, Rin, Kak Emma, Dyana, Atun! (:


Mereka adalah kawan-kawan aku since diploma time n still jadi classmate sampai sekarang.. Alhamdulillah.. n now jadi housemate :)
Dulu masa diploma, muka-muka nilah yang gigih dan bermati-matian mencari "merit"! (Kalau nak duduk kolej kena kumpul merit banyak-banyak.. Hohoho.. Seksanyeeehh.. Hahahahh aku tak leh lupe penderitaan tuu T^T )
Kteorang duduk kolej sampai kteorang habis belajar tauuu! Hebat tak?? Haha
Tapi sekarang di manakah SEMANGAT-SEMANGAT ITUU????????! Hehehehe


Bila masuk je degree, kteorang dah tanam dalam fikiran dan get ready if kena duduk menyewa di luar sebab potensi untuk mendapatkan kolej kali ni agak rendah.. So, yeahh now kitaorang merasa macam mana menjadi penyewa sebagai seorang student.. *Baru seminggu wehhh*


Macam mana weolls pergi kelas??
Okay, begini cerita dia..
Kteorang pergi dengan berakit-rakit dahulu dan bersenang-senang kemudian.. Wahhhh gituuuuu.. Wahahaha..
In other words, kteorang pergi dan balik naik bas jekkkk.. ~
Bas free ade, bas berbayar pun ada..
Bas yang disewa oleh uitm (free).. Bas rapid (berbayar)..
Boleh dikatakan every 15 minutes bas sentiasa ada.. *buat masa seminggu yang aku lalui ni laa*



Lepas kelas, kteorang pergi ke Tesco Klang naik bas rapid..
Sengsaghenyee hanya Allah yang tahuuu T^T
Alhamdulillah, aku dah biasa hidup susah.. So, bawa bersabar ye wahai diri sendiri..
Yang tak bestnya, baru aku tahu kenapa orang cakap duduk luar sebenarnya lagi susah kita nak keluar berbanding stay kat kolej.. Why? If kita nak pergi ke mana-mana, kita kena naik bas rapid from uitm dulu then baru boleh pergi ke mana-mana.. Means that, takde bas yang ambil direct from rumah sewa kitaorang! Kena naik bas lompat sane, lompat sini barulah kita dapat pergi ke tempat yang kita ingin tuju.. Lagi sengsaghe wehhhh..
That is why aku kurang keluar daripada uitm selain daripada balik ke rumahku syurgaku *dah asyik homesickkk jekk.. Huahuahua*..
Pendek kata boleh dikira dengan jarilah berapa kali je aku keluar *I mean berjimba* daripada uitm ni.. huhu..



Shopping yukkkk!
Hahaha.. Comel gile basket tu k.. Aku rasa nak beli jek walaupun aku tak tahu apa motif nak beli.. Nasib baik suraya halang aku.. Kalau takkk.. Ishhhh, sikit lagi nak ambil pergi bawa kat kaunter.. Kahkahkahkahhh..

Biasalaa, perempuan kan ada 9 nafsuuu.. Hahahahh..



Last but not least, untuk hampir seminggu di alam rumah sewa ni aku rasa biasa-biasa saje.. Belum lagi ada perasaan cinta.. Wahhh.. hahaha.. *aku cakap pasal cinta alam rumah sewa tauu.. Jangan fikir macam-macam* hahaha.. dan bila kau dah senang suatu hari nanti, jangan dilupa kehidupan susah kau naik bas pergi ke kelas, Tesco, Setia City Mall bagai.. hahahahahh.. In sya Allah..


Ya Allah, permudahkan segala urusanku untuk mengharungi kehidupan di semester 4 ini..
Aaminnn Aaminn Aaminnnnn..

Syazrin boleh! :)
















No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.