Monday, January 1, 2018

BALIK KAMPUNG OPAH πŸŒ²πŸŒ±πŸŒ³πŸŒ΄πŸ˜ŽπŸ“πŸ’πŸ‘

Assalamualaikum..πŸ˜‡




"Selamat Tahun Baru!"  πŸŽ‡
Macam biasa azam aku tahun ni sama jek macam azam tahun-tahun yang lepas.
Nak kurus, nak kurus, nak kurus. Tu je lah setiap tahun. Tak pernah pun berubah. Ish Ish Ishh. πŸ˜†
Tapiiiii tahun ni aku akan pastikan yang impian aku yang nak kurus setelah sekian lama tu tercapai! πŸ’ͺ. Percayakan aku okayπŸ˜‰.πŸ˜‚

So, how do I spend my New Year time?
Actually aku kena paksa balik kampung wehhh😣. Mula-Mula tu aku rasa macam kena paksa, lama-lama tu keterpaksaan tu bertukar menjadi kerelaan. Excited tau nak balik! Tak berpedirian tetap tau kau ni. Hew3. Aku tak rela bersebab tau. Bukan saja² tau. Time tu ada pesta lampu kat Putrajaya, dah lama aku tunggu event tu at last tak dapat tengok on new year. Sobs😒.
Mama aku cakap pesta lampu tu bila-bila boleh pergi lagi tp nak berkumpul balik kampung ngan cousins aku punyalah susah. Nak tunggu semua free time tu susah dah tau. So, setelah aku berfikir secara rasional, aku pun balik dan muncullah perasaan excited tuuu. So, gitulah kisah sedih dan gembira aku. Hehehe. Actually, aku sempat je pergi pesta lampu tu tapi bukan on the day of New Year lah. Beberapa hari sebelum new year tu aku dah pergi dah cuma gatal nak pi time new year, ada feel lah gituu. Ah, mengadaa 😝


Lets, move to the journey to my Perak village...... 🏑


Diperkenalkan inilah driver semasa perjalanan ke kampung. Badan je kecik molek tapi bawak kete guna satu tangan pun takde hal lah. Haha. Time ni driver kita tiba-tiba kurang sihat. Jadi, driver take a short break sebab dia makan ubat demam. Mesti tertanya-tanya kenapa aku tak drive kan? cause I dont like drivingggggg. 😩. Aku harap bakal suami aku nanti takde lah suruh aku drive jauh² *buat muke merayu versi meowwπŸ‘‰πŸ‘ˆ*





Actually, kampung Perak ni kteorang jarang balik. Since memang takde siapa yang stay kat rumah opah. Masa arwah opah masih ada dulu pun opah duduk gilir-gilir kat rumah anak-anak. Sebab tu lah rasa excited nak balik sebab kteorang jarang balik. 



Dulu masa kecik-kecik masa arwah Opah stay kat kampung dengan Mak Uda, time tu arwah opah sihat lagi, mama aku selalu tinggalkan aku duduk kampung. Mak Uda pula bawak aku pi kedai untuk umpan aku dengan macam-macam untuk melekakan aku, on the way nak balik rumah tu, tengok-tengok mama, abah ngan adik-beradik aku dalam kereta melambai-lambai kat aku nak balik. Sedih weh bila ingat balik. Haha. Aku menangis tau takkk. Budak kecik mana tak menangis kena tinggal macam tu. Tapi aku menangis sekejap je. sebab Opah ngan Mak Uda umpan aku macam-macam. Nampak tak umpan tu baik punyaaa. Hahaha. Budak kecik memang mudah kena umpan kan kan 😭. Pengalaman yang aku tak boleh lupa, pagi-pagi opah bangun buatkan aku sarapan, masak nasi goreng untuk aku, pastu bawak aku jalan-jalan kat rumah jiran tetangga. Dialog yang aku tak boleh lupa, jiran tu tanya budak ni tak nangis ke kena tinggal? Hahaha. Time tu aku tengah leka duk bermain, punya lah happy dapat main sampai lupa perasaan sedih. HAHAHA. Bila dah tua-tua ni kan, aku rasa bersyukur sebab aku ada kenangan duduk dengan opah. Alahh, seminggu jekkk pun. πŸ˜†. Aku cerita kat mama part cerita ni yang aku ingat lagi yang mama tinggalkan aku kat kampung ngan opah. Mama kata, Aah, memang selalu  mama tinggalkan. Sakit hati akuuuu. Selalu rupanyaaaa😭😭😭. HAHAHA. Tapi kenangan manis tu masih segar dalam ingatan aku walaupun masa tu aku berusia 4-5 tahun tau.
Bila mama, abah ngan adik-beradik aku datang kampung nak ambik aku, takde pulak aku rasa nak ikut balik. Aku rasa suka stay ngan opah lagi ada. 



Seterusnya, kalau nak tahu arwah opah dengan arwah tok ada dusun buah yang ditinggalkan untuk anak menantu dan cucu-cucu tau. Aku suka pergi dusun sebab motip nak mandi sungai jekk. πŸ˜„.


Macam ni lah perjalanan menuju ke dusun. 






Sambil mandi tu dengar bunyi burung berkicauan, dengar bunyi haiwan²  kat hutan yang menyanyi ikut irama yang sugguh menyenangkan. Gituu. Tenang je tau. Air dia bersih. Sejukkkk je. Serious best. Kalau mandi kat sungai ni aku boleh berendam dari pagi sampai manghrib tau! Pakai baju yang sama je dari pagi tu, bangun sekejap pergi makan & rehat² lah sekejap, bila dah kering tu sambung berendam balik sampailah maghrib! πŸ˜†. Antara tarikkan lainnya adalah kat dusun ni ada banyak buah-buahan. Expecially, durian. Kalau kat bandar orang jual durian cekik darah btol harganya kan. Aku lebih rela tahan mengidam aku tu, tunggu balik kampung, baru aku makan sepuas-puasnya sampai aku muak. Sampaikan tahap aku tak nak makan durian lah pendek kata bila orang offer aku bila dah sampai kat rumah aku. Boleh bayangkan tak betapa pelahapnya aku makan durian masa kat dusun tau. Balas dendam punya pasal. Hahaha. 






Buah cempedak

 Agak-Agak dah nak masuk waktu tengah hari tu, kte kena prepare bahan-bahan untuk memasak. Specialnya adalah kteorang memasak guna kayu api. Interesting kannn. Macam dulu-dulu sangat tau. Bila kat dusun kau kena hidup macam bercamping. Serious besttt! So, pagi-pagi lagi sebelum masuk dusun kteorang dah pergi pekan untuk membeli bahan memasak. Macam ni lah pekan tempat mama aku membesar. Kecik je pekan dia.


Berbalik kepada cerita memasak kita tadi, nak tengok macam mana anak-anak dara duduk di tepian sungai yang mengalir sambil membasuh sayur dan ayam? Hahaha.
Sebelum tu maapkan saya kerana menutupi wajah dengan bunga-bunga kembang, πŸ˜…hahaha. Sorang tu membasuh sayur, sorang ni membasuh ayam & sorang lagi acah-acah membasuh baju. Terasa macam dalam cerita zaman P. Ramlee yang orang duk kat sungai basuh baju sambil nyanyi-nyanyi tuh.😝



Air dia bersih je. Boleh nampak ikan berenang dalam sungai.
Setelah selesai proses preparation, kita memasak pulaaakk. Actually, abah aku dulu suka bercamping. Sekali dapat peluang bercamping macam ni memang kegemaran lah.



Lepas dah makan kenyang-kenyang tu kita sambung balik berendam. Dah macam badak air dah aku rasa, bangun just untuk makan je, lepas tu berendam balik. Haa, kan sama tu! Haha. Lepas tu mulalah rasa lapar balik. So, kalau datang dusun memang kerja aku makan, mandi, makan & mandi jelahh. πŸ˜†πŸ˜†.




Last but not least, aku berharap agar suatu hari nanti anak-anak aku akan merasai pengalaman yang aku rasa. and my future husband too. Hehe. Mama aku cerita kan, masa arwah tok ada dulu, dia selalu berangan kalau suatu hari nanti anak² dan menantu² serta cucu cicit dia datang dusun, makan buah-buahan beramai-ramai macam ni. Dreams come true :')
Semoga arwah tok & arwah opah aku dapat pahala yang berterusan selagi kita memanfaatkan peninggalan arwah. In sya Allah. 😊

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.