Wednesday, January 24, 2018

MY 25th BORN DAY

ASSALAMUALAIKUM..๐Ÿ™†


Hari ni genap umur aku 25 tahun. How time really flies!
Masa aku kecik, aku selalu kira bileeee lah aku nak capai umur 25? and now, I am really 25! ๐ŸŽ‰
Kalau lah doraemon tu wujud, aku nak wish untuk pergi ke zaman masa aku duk kira-kira tu, aku nak cakap kat diri aku, aku nak cerita apa yang aku lalui sepanjang 25 tahun ni. "To my dear little self, kau kena jadi seorang yang tabah & kena kuat sikit tau. Enjoy every day, minutes, seconds, and each moments of your life. Don't counting days & asked time to run fast, just enjoy every steps in your life because it will never return back, trust me, one day, you will miss them. Be happy always okay. *hugged myself*".

Selain itu, aku nak pesan kat "Little me" yang ko jangan nak bercinta time sekolah tau. Tak ramai cinta time sekolah boleh sampai ke perkahwinan. Alhamdulillah, aku tak pernah terjebak dengan cinta alam sekolah. Hampir-Hampir tu ada.  

Aku nak pesan juga, masa umur 22, you will meet a guy who is a "temperory boyfriend" in your life. He taught you about real life. He taught you about how heart break feels like๐Ÿ˜ฃ, happy moments, about friendship.
Pengajarannya adalah jangan terlalu cinta, nanti hati merana. Jangan terlalu sayang, nanti hidup melayang. Gituuu. Haha. I dont want to make it sounds serious, I have nothing much to say about this "temperory boyfriend". Yang lepas tu biarkan ia berlalu pergi ibarat pasir yang ditiup angin atau kata erti lain never looked back. Gituuu. (Macam kecewa benor bunyinya tuh๐Ÿ˜†). Setiap yang berlaku ada hikmahnya okay๐Ÿ˜‰. Tak semua orang sempurna. 

andddddddddd.
Aku nak cakap to "Little me" at the age of 23, you will meet a very nice man, a person who can be your bestfriend, he's a cute guy (to me๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜), but..... he is a very very shy man and old. Hahahahahahha. Mesti abg zamir marah. Biarkan.๐Ÿ˜.
He found you a little bit late which is when he was 29.
Abg Zamir kata aku first girlfriend dia. Boleh caye keee? ๐Ÿ˜. Hm. Nanti aku siasat dengan lebih mendalam lagi๐Ÿ˜†.

Mula-Mula tu aku tak percaya lah jugak, bila tengok cara dia, dia tu pemalu yang amat macam tak pernah jumpa perempuan, jumpa aku pun menggeletar, padahal aku relax steady jer๐Ÿ˜†, so after my investigation๐Ÿ”, I believe on what he said. Haha. Aku suka dia sebab dia seorang yang menjaga pergaulan diri. Dia hormat diri aku. Thats why I like him๐Ÿ’—. Memberi cinta tu biarlah secara berpada-pada. Hati kau serah dekat Allah je k, In Sya Allah, Allah akan pelihara hati kita dan hati dia. Kalau nak tahu lah kan, aku minta petunjuk dulu sebelum aku berkawan rapat dengan dia. Apa petunjuk yang aku dapat? Next time I will story mory okayyy. Tungguuuuu. Tunggu aku dah kahwin lah baru aku cerita. Kang aku beria cerita yang baik-baik je, yang indah suci murni je, tetiba tak seperti yang dirancang, buat malu aku jek. Haks3. Walauapapun, aku berharap dialah jodoh dunia akhirat aku yang aku duk doa-doa masa aku kecik-kecik. Aaminn. In sya Allah. Doa apa? I will tell you soon. 

Okayyyyyyyyy.
Masa birthday aku, lepas balik dari kerja, abg Zamir ajak aku pergi Alamanda. To celebrate my birthday. It just a very simple and small celebration, tapi sangat bermakna untuk I okayyyy *terharu๐Ÿ˜ข* . Mula-Mula tu dia ajak beli cake. Aku pilih flavour Black Forest. Tak pernah pernah aku beli cake flavour ni, tapi bagi aku Black Forest ni macam sesuai jek untuk tema hari jadi en en. ๐Ÿ˜†. 




Masa nak cari tempat makan, punya lah susah aku nak buat decision, pusing satu Alamanda tu lah, tapi aku still tak boleh decide. At last, aku pilih food court! Hahahahahaha. Gelak anak-anak aku kalau tahu kisah percintaan kteorang๐Ÿ˜‚. Disebabkan blog aku ni adalah diary aku, so, tempat aku bercerita secara jujur ikhlas dari hati yang sangat dalam, kalau abg Zamir baca lah en en, actually, kitte nak bagi ruang untuk abg Zamir kumpul duit kahwin tau. Sobss๐Ÿ˜ข. Sedih en. My biggest present is I just want you to be my husband (and the present of course its a must okayy๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜). Sekarang ni kte tahan je nak minta apa-apa, cause Im nobody, Im not his wife๐Ÿ˜ž (buat muka sedih tauu๐Ÿ˜”), tapiiiiiii bila dah jadi isteri youuuu, ๐Ÿ˜ HEHEHE siaplah๐Ÿ˜ˆ. ๐Ÿ˜†.

Lepas makan, abg Zamir ajak pi beli present pulak. Abg Zamir kata dia tak pernah ada girlfriend, tak pernah celebrate birthday girlfriend, jadi dia tak tahu nak bagi apa, so, dia suruh aku sendiri yang pilih nak hadiah apa. Jujurnya, aku masih ada perasaan segan nak minta² something kat dia. Cause Im not his wife yet. (Kalau ikutkan hati aku ni banyak permintaan sebenarnya HAHAHA, kalau boleh satu Alamanda tu aku nak. HakHakHak๐Ÿ˜†). Aku just kata aku tak tahu nak apa sebab aku sendiri pun tak tahu apa kehendak aku masa tu. Abg Zamir pulak kegelisahan macam laki nak tunggu bini operate beranak dah aku tengok duk fikir aku nak apa. Hahaha. So, on that day, tak jadi beli apa-apa. Aku nak bunga, dia kata dah bagi. Aku nak teddy bear besar macam aku kang mama tak bagi๐Ÿ˜ญ. Keesokkannya, lepas balik dari kerja, dia ajak pi Alamanda lagi sekali for searching my birthday present. Bersungguh dia nak suruh aku pilih something jugak. Haha. So, setelah dekat 1 hour jugak lah aku berfikir hadiah present aku, so, lastly, I choose for this ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ.

Tadaaaaaaaa...๐Ÿ˜



Sebenarnya aku malu nak cakap yang aku nak botol air yang ada gambar princess๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ. Kalau ikutkan aku nak anak patung Barbie, tapi mama dah warning dah, no more Barbie or any kind of anak patung dalam rumah. Nanti malaikat tak masuk rumah. Anak patung yang ada kat rumah ni pun mama suruh buang tapi aku taknak. So, bagi aku lunch box is the best present aku untuk tahun ni, so that aku boleh bawa hari-hari pergi kerja. Boleh lah, walaupun hanya gambar princess, asalkan ada princess kannnn. Haha. Thank You abg Zamirrrrrrrr๐Ÿ™†.  

Nak tahu tak, abg Zamir kata kan dia dah agak dah aku nak present ni. Actually, dia dah survey masa lunch hour untuk beli present aku tapi dia takut aku tak suka. Aku kata gile aku tak suke?? Princess wehhhh๐Ÿ˜™. Aku ni paling pantang kalau nampak benda-benda yang ada gambar princess, Barbie dan yang sekutu dengannya. Termasuklah perkara-perkara yang melibatkan meoww. Hahaha. Anyway, Thank You abg Zamir for the present & for remember my birthday (padahal aku yang pakse dia ingat birthday aku.Hahaha). Kitte appreciate and I will keep it as my sweet memories. Meoww. ๐Ÿ’“.




Monday, January 1, 2018

BALIK KAMPUNG OPAH ๐ŸŒฒ๐ŸŒฑ๐ŸŒณ๐ŸŒด๐Ÿ˜Ž๐Ÿ“๐Ÿ’๐Ÿ‘

Assalamualaikum..๐Ÿ˜‡




"Selamat Tahun Baru!"  ๐ŸŽ‡
Macam biasa azam aku tahun ni sama jek macam azam tahun-tahun yang lepas.
Nak kurus, nak kurus, nak kurus. Tu je lah setiap tahun. Tak pernah pun berubah. Ish Ish Ishh. ๐Ÿ˜†
Tapiiiii tahun ni aku akan pastikan yang impian aku yang nak kurus setelah sekian lama tu tercapai! ๐Ÿ’ช. Percayakan aku okay๐Ÿ˜‰.๐Ÿ˜‚

So, how do I spend my New Year time?
Actually aku kena paksa balik kampung wehhh๐Ÿ˜ฃ. Mula-Mula tu aku rasa macam kena paksa, lama-lama tu keterpaksaan tu bertukar menjadi kerelaan. Excited tau nak balik! Tak berpedirian tetap tau kau ni. Hew3. Aku tak rela bersebab tau. Bukan saja² tau. Time tu ada pesta lampu kat Putrajaya, dah lama aku tunggu event tu at last tak dapat tengok on new year. Sobs๐Ÿ˜ข.
Mama aku cakap pesta lampu tu bila-bila boleh pergi lagi tp nak berkumpul balik kampung ngan cousins aku punyalah susah. Nak tunggu semua free time tu susah dah tau. So, setelah aku berfikir secara rasional, aku pun balik dan muncullah perasaan excited tuuu. So, gitulah kisah sedih dan gembira aku. Hehehe. Actually, aku sempat je pergi pesta lampu tu tapi bukan on the day of New Year lah. Beberapa hari sebelum new year tu aku dah pergi dah cuma gatal nak pi time new year, ada feel lah gituu. Ah, mengadaa ๐Ÿ˜


Lets, move to the journey to my Perak village...... ๐Ÿก


Diperkenalkan inilah driver semasa perjalanan ke kampung. Badan je kecik molek tapi bawak kete guna satu tangan pun takde hal lah. Haha. Time ni driver kita tiba-tiba kurang sihat. Jadi, driver take a short break sebab dia makan ubat demam. Mesti tertanya-tanya kenapa aku tak drive kan? cause I dont like drivingggggg. ๐Ÿ˜ฉ. Aku harap bakal suami aku nanti takde lah suruh aku drive jauh² *buat muke merayu versi meoww๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ*





Actually, kampung Perak ni kteorang jarang balik. Since memang takde siapa yang stay kat rumah opah. Masa arwah opah masih ada dulu pun opah duduk gilir-gilir kat rumah anak-anak. Sebab tu lah rasa excited nak balik sebab kteorang jarang balik. 



Dulu masa kecik-kecik masa arwah Opah stay kat kampung dengan Mak Uda, time tu arwah opah sihat lagi, mama aku selalu tinggalkan aku duduk kampung. Mak Uda pula bawak aku pi kedai untuk umpan aku dengan macam-macam untuk melekakan aku, on the way nak balik rumah tu, tengok-tengok mama, abah ngan adik-beradik aku dalam kereta melambai-lambai kat aku nak balik. Sedih weh bila ingat balik. Haha. Aku menangis tau takkk. Budak kecik mana tak menangis kena tinggal macam tu. Tapi aku menangis sekejap je. sebab Opah ngan Mak Uda umpan aku macam-macam. Nampak tak umpan tu baik punyaaa. Hahaha. Budak kecik memang mudah kena umpan kan kan ๐Ÿ˜ญ. Pengalaman yang aku tak boleh lupa, pagi-pagi opah bangun buatkan aku sarapan, masak nasi goreng untuk aku, pastu bawak aku jalan-jalan kat rumah jiran tetangga. Dialog yang aku tak boleh lupa, jiran tu tanya budak ni tak nangis ke kena tinggal? Hahaha. Time tu aku tengah leka duk bermain, punya lah happy dapat main sampai lupa perasaan sedih. HAHAHA. Bila dah tua-tua ni kan, aku rasa bersyukur sebab aku ada kenangan duduk dengan opah. Alahh, seminggu jekkk pun. ๐Ÿ˜†. Aku cerita kat mama part cerita ni yang aku ingat lagi yang mama tinggalkan aku kat kampung ngan opah. Mama kata, Aah, memang selalu  mama tinggalkan. Sakit hati akuuuu. Selalu rupanyaaaa๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. HAHAHA. Tapi kenangan manis tu masih segar dalam ingatan aku walaupun masa tu aku berusia 4-5 tahun tau.
Bila mama, abah ngan adik-beradik aku datang kampung nak ambik aku, takde pulak aku rasa nak ikut balik. Aku rasa suka stay ngan opah lagi ada. 



Seterusnya, kalau nak tahu arwah opah dengan arwah tok ada dusun buah yang ditinggalkan untuk anak menantu dan cucu-cucu tau. Aku suka pergi dusun sebab motip nak mandi sungai jekk. ๐Ÿ˜„.


Macam ni lah perjalanan menuju ke dusun. 






Sambil mandi tu dengar bunyi burung berkicauan, dengar bunyi haiwan²  kat hutan yang menyanyi ikut irama yang sugguh menyenangkan. Gituu. Tenang je tau. Air dia bersih. Sejukkkk je. Serious best. Kalau mandi kat sungai ni aku boleh berendam dari pagi sampai manghrib tau! Pakai baju yang sama je dari pagi tu, bangun sekejap pergi makan & rehat² lah sekejap, bila dah kering tu sambung berendam balik sampailah maghrib! ๐Ÿ˜†. Antara tarikkan lainnya adalah kat dusun ni ada banyak buah-buahan. Expecially, durian. Kalau kat bandar orang jual durian cekik darah btol harganya kan. Aku lebih rela tahan mengidam aku tu, tunggu balik kampung, baru aku makan sepuas-puasnya sampai aku muak. Sampaikan tahap aku tak nak makan durian lah pendek kata bila orang offer aku bila dah sampai kat rumah aku. Boleh bayangkan tak betapa pelahapnya aku makan durian masa kat dusun tau. Balas dendam punya pasal. Hahaha. 






Buah cempedak

 Agak-Agak dah nak masuk waktu tengah hari tu, kte kena prepare bahan-bahan untuk memasak. Specialnya adalah kteorang memasak guna kayu api. Interesting kannn. Macam dulu-dulu sangat tau. Bila kat dusun kau kena hidup macam bercamping. Serious besttt! So, pagi-pagi lagi sebelum masuk dusun kteorang dah pergi pekan untuk membeli bahan memasak. Macam ni lah pekan tempat mama aku membesar. Kecik je pekan dia.


Berbalik kepada cerita memasak kita tadi, nak tengok macam mana anak-anak dara duduk di tepian sungai yang mengalir sambil membasuh sayur dan ayam? Hahaha.
Sebelum tu maapkan saya kerana menutupi wajah dengan bunga-bunga kembang, ๐Ÿ˜…hahaha. Sorang tu membasuh sayur, sorang ni membasuh ayam & sorang lagi acah-acah membasuh baju. Terasa macam dalam cerita zaman P. Ramlee yang orang duk kat sungai basuh baju sambil nyanyi-nyanyi tuh.๐Ÿ˜



Air dia bersih je. Boleh nampak ikan berenang dalam sungai.
Setelah selesai proses preparation, kita memasak pulaaakk. Actually, abah aku dulu suka bercamping. Sekali dapat peluang bercamping macam ni memang kegemaran lah.



Lepas dah makan kenyang-kenyang tu kita sambung balik berendam. Dah macam badak air dah aku rasa, bangun just untuk makan je, lepas tu berendam balik. Haa, kan sama tu! Haha. Lepas tu mulalah rasa lapar balik. So, kalau datang dusun memang kerja aku makan, mandi, makan & mandi jelahh. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†.




Last but not least, aku berharap agar suatu hari nanti anak-anak aku akan merasai pengalaman yang aku rasa. and my future husband too. Hehe. Mama aku cerita kan, masa arwah tok ada dulu, dia selalu berangan kalau suatu hari nanti anak² dan menantu² serta cucu cicit dia datang dusun, makan buah-buahan beramai-ramai macam ni. Dreams come true :')
Semoga arwah tok & arwah opah aku dapat pahala yang berterusan selagi kita memanfaatkan peninggalan arwah. In sya Allah. ๐Ÿ˜Š