Tahun 2010 banyak memberi saya pengajaran hidup..
Saya belajar apa itu erti persahabatan, berusaha (SPM) & macam-macam lagi lah..
Saya harap tahun baru ni, saya jadi manusia yang lebih berguna.. Apatah lagi saya baru je habis SPM..
Macam tak caye je, saya dah habis sekolah.. Macam tak percaya je rutin harian saya sudah pun berubah.. Daripada setiap hari bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah (tu yg berulang), tiba-tiba rutin tu berubah.. Sedih pula bila mengenangkan zaman sekolah.. Rindu dgn kawan-kawan, cikgu-cikgu dan semua tentang sekolah :')
Orang kata kehidupan selepas sekolah (alam IPT) lebih mencabar dan menyeronokkan..
Betul ke? Saya sendiri pun x tahu kenapa org selalu ckp macam tu.. Kte tengoklah nanti ye..
Walauapapun, kte kena juga menghadapi 2011 & tahun-tahun seterusnya dengan penuh bersedia..
Huh!
Apa yang berlaku sebelum ni, anggap itu semua sebagai pngajaran hidup.. Sebelum tu, sy rasa belum terlambat lagi kan saya nak ucapkan selamat tahun baru? hee~
SELAMAT TAHUN BARU 2011..! ;D
Semoga tahun ni, kte menjadi manusia yang lebih berguna dan semoga ibadat kte sentiasa meningkat dan terus meningkat :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.