Wednesday, January 27, 2016

END OF SEMESTER 4!


END OF SEMESTER . !! 



Assalamualaikum.. Alhamdulillah selesai sudah kehidupanku untuk semester 4 ini.. Bak kata senior, sem 3, 3 hari tak tidur.. Sem 4, 4 hari tak tidur.. Baru aku faham kenapa diorang cakap macam tuuu T^T




Seperti yang sedia maklum, di semester 4 ni kita ada kelas lab.. Best sebab dapat makan free.. Heeee.. Tapi, taklah SEbest makanan free time zaman dip yang ada western, easten, northen, southen easten asian yang mables semua tu.. So, ko makanlah makanan yang ko duk bedah2 tadi.. Haha..











Di semester 4 ni jugak, kita kena create satu product yang tak pernah lagi dibuat orang.. Tapi, product kite and the geng biasa-biasa je.. All the groups kena present product masa Food Innovation Day..
So, inilah group memberku dan inilah product kami.. Tadaaa~

Kak Emma dan Sis Wawa



Sunnah Chocolate Fruit





Haa.. Time ni semua sibuk nak pakai inai.. Haha..



Pengalaman tinggal di rumah sewa??
Mula-Mula aku ingatkan sengsara sangatlah duduk rumah sewa.. Ternyata, duduk di rumah sewa adalah kebahagiaan buat aku.. Haha.. Why do I say so? Kerana bila masa kau teringin nak makan something yang lain daripada yang lain disebabkan oleh asyik makan kat luar je, dengan perlu berbekalkan semangat kerajinan yang tinggi, kau boleh makan apa je yang kau nak.. Tetapi, ianya takkan terjadi tanpa adanya usaha.. Oleh itu, bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya.. Dipendekkan cerita, even dapur tu kat sebelah je, tapi kesengsaraan untuk melawan kata-kata syaitonirrojim untuk memasak sendiri kat dapur tu tersangatlah berat ujiannya.. Haha.. 
Baru aku faham apa perasaan mak-mak kita selalu duk fikir nak masak apa lah hari ni kat rumah kankan.. Menu untuk esok lagi.. Lusanya lagi.. It's not easy to be a mother you know.. Now, baru aku faham.. Huuhuu.. Tu baru perkara kecil yang aku belajar.. Banyak lagi perkara yang aku akan belajar tentang erti sebuah kehidupan.. Matang dah akuu T^T


Ohh ye.. Kan aku ada cerita tentang aku dan 5 orang adik-beradik dungun kena transfer kelas lain kankan? Persoalannya.. Sengsara ke terkena pindah ke kelas lain wehh?? Hari tu nampak sengsara nau nak kena pindah kelas.. Hahaha.. Jawapannya tidak.. Biasalah manusia ni memerlukan masa untuk bertukar sesuatu situasi ke sesuatu situasi yang lain dalam kehidupan seharian mereka.. haha.. Bak kata seorang sahabat, di alam pekerjaan nanti, kau akan hidup sendiri, kau perlu berdikari.. Kadang-Kadang, perkara yang kita rasa kita tak suka itulah yang terbaik untuk kita.. Tengok-Tengok nanti perkara yang kita tak suka itulah yang paling kita suka.. Be positive dear self! :)

Okaylah, tu sahaja cerita kenanganku untuk part 4 ini.. 
Byeeee :)